Gosip geng foodtruck: Sentral Baazar Nilai 3


"Tapak mahal, truckers tak join!"


Minggu lepas, geng-geng truckers KL/Selangor join meniaga di Sentral Bazaar Nilai 3. Mall ni sebenarnya belum buka, cuma mereka buat pre-launching marketing program selama sebulan ni.

Antara attraction yang ada di Mall tersebut.Ok tak?




Pihak mall invite truckers untuk join event ni dengan bayaran RM100/sehari. Selepas nego, dapatlah RM75/sehari. Untuk pengetahuan korang, RM75/day ni standard tapak-tapak foodtruck yang High Profit and tapak yang dah ada nama. Tapi ini tapak baru nak naik beb!!!


"Agak berat nak join dengan harga macam tu. Tapi disebabkan kami ni berpegang pada prinsip rezeki itu Allah yang punya, tak cuba tak tahu. So kami join juga"


9 truck join pada hari pertama 10 December tu. Antaranya DSFC On Wheels, WanHasKitchen, ElJate, OneBreadBangi, dan OhMyMilkShakes. Berniaga dari jam 4petang hingga 11pm.




Nasib tak menyebelahi truckers malam tu sebab beberapa siri hujan lebat pada waktu berniaga. Hurm, kalau dah hujan, memang mangkau la jadinya! So hari pertama tu, ramai truckers yang give up dengan tapak tersebut.



Menurut WanHasKitchen, nak jadi truckers mestilah ada jiwa yang kental.


"Dah lah bayaran tapak tinggi, sales kurang pula. Haih, itulah dugaan truckers."



Hujung minggu tersebut 11 December, ramai crowd yang hadir tapi malangnya, satu truckers pun tak show up kat event tersebut. Hingga pihak mall bagi offer yang 'baek' kepada salah satu truckers untuk invite masuk pada hari kejadian. Tapi selepas macam-macam offer pun, truckers tak dapat join juga hari tersebut.

Teruk pihak Mall kena komen pasal isu tersebut.

" Tempat je cantik, tapi makanan dan minuman tak ade."

Ape-ape pun, saya nak nasihatkan semua, tak salah dengar nasihat orang yang berpengalaman kan?

Ulasan

Catatan Popular