Kedai makan sedap di Kompleks PKNS Bangi

Korang nak tak minum Coconut Shake yang sedap giler, sekali sedut je korang dah rasa macam nikmat giler coconut shake tu?

Ni ha nak bagitau (bukan nak cakap besar), korang kene datang ke Coconut Shake PKNS Bangi ni - beli satu pastu korang rasalah sendiri nikmat nye macam mana. Dahsyat aku kata!!
Kalau tak sedap, tak power tak padu...aku refund balik duit korang. Tapi kalau korang dah sedut sampai habis satu cawan pastu baru nak cakap tak sedap. Hehe...sedap lah tu!!!
...

Kedai ni beroperasi setiap hari (kecuali hari Isnin) dari 5.30pm - 12 am di PKNS Bangi Foodtruck Garage. Sempat je korang nak singgah kalau lepas kerja kan? hu3..
Pastu nak tambah pulak bagi kenyang perut korang tu, aku sediakan juga makanan (snack yang ringan-ringan) macam burger bakar, chicken wing, pau bakar, roti bakar. Semua makanan ni kitorang buat dengan sepenuh jiwa. Konfirm sedap dan marvelous bila korang combo-kan dengan Coconut shake ni!

Ok kerusi meja pula korang tak perlu risau, memang banyak kat sini. Nak bawak satu geng opis pun tak risau!
Lokasi: kompleks PKNS Bangi , seksyen 9 Bandar Baru Bangi
5.30pm - 12am Setiap hari buka (kecuali Isnin)

#coconutshakesedap
#coconutshakepower
#coconutshakebangi
#coconutshakeMaster
#PKNSBangi













Ulasan

Catatan Popular